Masalah Gigi Dan Gusi Sensitif

Rasanya ramai di antara kita yang menghadapi masalah gigi dan gusi sensitif. Tiap kali makan makanan atau minuman sejuk pasti akan rasa ngilu dibahagian gigi yang sensitif. Kadangkala bila kita makan coklat yang manis pun akan rasa ngilu bila terkena bahagian tersebut.

Sesetengah dari kita juga apabila memberus gigi, tak dapat mengelak dari gusi berdarah. Terutama sekali bila bangun pagi. Masa ini lah gusi akan berdarah dengan banyak bila kita menggosok gigi berbanding pada waktu-waktu lain. Adakalanya bila kita tukar ubat gigi sahaja, bahagian yang sensitif akan rasa sakit. Dia punya denyutan tu memang mengganggu emosi. Dinding pun boleh kena marah kalau gigi dah sakit.

Ini lah yang saya alami selama ini sejak hampir sepuluh tahun. Pelbagai cara saya cuba untuk atasi masalah gigi dan gusi sensitif ini. Saya pernah dapatkan rawatan di klinik gigi dan disaran untuk guna ubat kumur. Memang ada perubahan tapi harga ubat kumur tersebut agak mahal jugak dan tidak berbaloi jika nak bandingkan dengan gaji saya masa tu. Saya pun tak ingat dah apa nama ubat tersebut. Mungkin anda boleh rujuk klinik gigi berdekatan untuk maklumat lanjut.

Saya juga pernah menggunakan beberapa ubat gigi yang famous untuk gigi sensitif. Saya rasa ramai antara kita mengenali jenama tersebut. Ada yang saya guna tak sampai separuh tube pon sebab bila memberus gigi menggunakan ubat gigi ini, gigi akan rasa ngilu sangat dan tak menyelesaikan masalah gusi saya yang sering berdarah. Jadi saya berhenti selepas beberapa ketika dan tak lagi menggunakan ubat gigi tersebut.

masalah Bila Guna Ubat Gigi Berbeza

Tambahan masalah yang saya hadapi bila saya menggunakan pelbagai ubat gigi yang berbeza, gigi dan gusi akan rasa sakit dan berdenyut selama beberapa hari. Memang agak tak selesa sebab sakit dia tu memang tak boleh bawak bincang. Kadangkala saya perlu mengetuk gigi dengan jari untuk mengurangkan kesakitan dan denyutan. Jadi saya ambil keputusan menggunakan satu jenama sahaja selama beberapa tahun ini.

Dari segi berus gigi pula, saya memang pakai berus gigi yang agak mahal. Bukan sebab saya banyak duit, tapi untuk mengurangkan rasa sensitif dan gusi berdarah. Walaupun tak banyak membantu, sekurang-kurangnya lebih baik sedikit jika nak dibandingkan dengan berus gigi yang biasa. Harga sebatang berus gigi yang saya beli biasanya lingkungan RM15 ringgit dan ke atas bergantung pada jenama dan hanya guna berus yang lembut atau “soft” sahaja.

Jadi selama beberapa tahun ini saya tak dapat menikmati nikmat makan makan sejuk dan coklat seperti zaman sebelum hadapi masalah gigi dan gusi sensitif ini. Kadang-kadang tu saya try juga walau rasa sakit dan ngilu sebab rasa teringin. Tapi perasaan dia tak sama sebab kita tak boleh betul-betul menikmati perasaan tersebut disebabkan oleh rasa sakit dan ngilu pada gusi dan gigi.

Ubat gigi ekstrak green tea dan propolis

Pada pertengahan bulan Oktober, 2020 saya terbaca berkenaan iklan ubat gigi dari Korea. Oleh kerana harganya yang agak munasabah, saya telah membuat pembelian atas talian disebabkan ubat gigi ini tidak dijual di pasaraya atau kedai-kedai. Dengan harga RM48, saya dapat 4 set ubat gigi 50gm dan 4 berus gigi serta 4 berus kecil untuk celah-celah gigi. Jadi setiap satu set harganya jatuh dalam RM12 sahaja. Ianya jauh lebih murah dari harga berus gigi yang saya gunakan selama ini.

Saya telah menggunakan ubat gigi ini selama lebih kurang 2 minggu sehingga sekarang. Pertama kali pakai, ubat gigi ini tak rasa pedas, rasa manis macam ada sedikit rasa lemon dan agak lembut. Kalau nak bagi anak-anak guna pun memang sesuai. 

Permulaan beberapa hari guna tu gusi saya memang berdarah agak banyak berbanding biasa sampai risau dibuatnya. Tapi saya teruskan juga sebab nak pastikan keberkesanannya. Apa yang saya perasan, ubat gigi ini tidak menyebabkan kesakitan seperti yang pernah saya alami sebelum ni jika menukar jenama ubat gigi. Itu salah satu sebab saya terus guna walaupun gusi masih berdarah.

Setelah masuk hari ke-4 ada sedikit perubahan, gusi saya sudah kurang berdarah dan tidak berasa sakit atau ngilu bila menggosok pada bahagian berkenaan. Makin hari makin kurang pendarahan pada gusi saya. Selepas seminggu penggunaan, kini gusi saya sudah tidak berdarah lagi seperti dahulu. Jadi saya rasa ubat gigi ini berjaya selesaikan masalah gigi dan gusi sensitif saya. 

perkara pertama saya lakukan

Apa yang saya lakukan seterusnya? Mestilah mencuba makanan dan minuman kegemaran kan..haha.  Okeh, setelah sekian lama tak rasai nikmat minum air sejuk dengan membiarkan seketika di dalam mulut sebelum di telan, kini saya boleh lakukannya kembali. Gigi saya sudah tidak lagi sensitif dengan minuman atau pun makanan sejuk. 

Malah kini saya juga boleh menikmati perasaan menggigit dan mengunyah coklat kegemaran. Betapa seronoknya bila kita dapat merasai rasa coklat yang penuh di dalam mulut tanpa rasa sakit atau ngilu. Satu perasaan yang sudah lama saya tidak alami. 

Jadi saya sarankan bagi sesiapa yang menghadapi masalh seperti saya untuk mencuba ubat gigi ini. Mana tahu boleh dapat hasil yang sama seperti saya sekarang.

Jenama ubat gigi

Nak tahu ubat gigi apa yang saya guna? Sila rujuk gambar di bawah. Saya tak jual, saya hanya share sahaja kebaikan ubat gigi ini. Jika ingin membeli saya boleh membantu anda untuk dapatkan dari pengedar melalui website yang disediakan. 

Selain dari jadi pengguna, anda juga boleh memilih untuk menjana pasif income juga. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dengan klik sini atau sila ke Halaman Utama