Apa yang dimaksudkan dengan pasif income?

“Pasif income adalah pendapatan yang kita dapat hasil selain dari pekerjaan tetap. Masudnya pendapatan sampingan dari sumber kedua, ketiga atau seterusnya.”

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak stabil dan lembap kesan akibat daripada pandemik covic-19 yang melanda negara kita pada awal tahun lalu. Kini gelombang kedua telah kembali melanda. Jadi kita perlu melakukan persedian dengan mencari peluang untuk menjana pasif income

Sebenarnya banyak pekerjaan yang boleh dilakukan untuk menjada pasif income. Kita boleh lakukan dropshipping, affiliate marketing, sewa hartanah atau kenderaan juga MLM???. Atau jika kita seorang yang kreatif dan mahir dengan digital marketing, boleh cuba untuk lakukan ghost writer, content writer, influencer atau you tuber.

 

1. Dropshipping / Affiliate Marketing

 

Medium ini agak popular bagi kebanyakan ramai orang diluar sana bagi menghasilkan pasif income. Walaupun kaedah hampir sama tapi terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua medium ini.

Dropship agak mudah dilakukan berbanding dengan affiliate marketing. Dropshipping sebenarnya mempunyai saingan yang tinggi dan kadangkala berlaku perang harga apabila terdapat ramai yang membuat dropship bagi barangan tersebut. Dari segi keuntungan juga berbeza-beza bergantung kepada berapa harga yang ditawarkan selepas ditolak harga kos dari dropshipper.

Jika dibandingkan, affiliate marketing kebiasaan akan memberikan pendapatan yang lebih lumayan berbanding dengan dropshipping. Terutama bila kita menjadi affiliate untuk barangan digital seperti ebook dan sebagainya. Kebiasaan keuntungan yang diberikan melalui affilate melebihi 50 peratus hingga 70 peratus margin apabila kita berjaya membuat jualan. 

Banyak platform yang boleh digunakan untuk membuat dropshipping dan affiliate marketing ini. Untuk dropshipping kita boleh gunakan platform seperti lazada, shopee, shopback, Amazon, Ali Express dan sebagainya.  

Bagi affiliate pula, di Malaysia boleh gunakan On Pay platform. ia agak popular digunakan oleh affiliate marketing. Jika luar negara, anda boleh seacrh clickbank, JvZoo atau pun WarriorPlus.

 

2. Sewa Hartanah / Kenderaan,

 

Agak popular dan boleh dikatakan satu kaedah yang evergreen menghasilkan pasif income di Malaysia dari dulu sehingga sekarang.

Sewa hartanah misalnya, rata-rata atau kebanyakan dari kita masih menyewa dan masih tidak mempunyai hartanah sendiri. Jadi Jika kita mempunya rumah atau hartanah yang tidak di diami, adalah lebih baik disewakan untuk menjana pasif income. Hasil dari sewaan tersebut mungkin boleh menampung bayaran bulanan kepada institusi pinjaman.

 Namun, perlu dilihat lokasi sesuatu hartanah sebelum kita membuat keputusan membeli hartanah tersebut. Andai jauh dari kawasan tumpuan atau prasarana, maka nilai sewa mungkin tidak berbaloi dan juga tidak sesuai untuk dibeli.

Sewa kenderaan juga agak popular dari dahulu lagi. Namun begitu,mugkin banyak resiko yang perlu kita tanggung jika kita berhasrat untuk melakukan bisnes ini untuk menjana pasif income. Ini kerana kenderaan yang disewakan memerlukan penjagaan yang khusus dan kos juga agak tinggi. Tetapi jika pendapatan sewa jauh lebih tinggi dari kos, maka boleh saja untuk kita lakukan bisness ini. 

 

3. Digital Marketing

 

Digital marketing merupakan teknik menjana income pasif mahupun aktif pada masa kini. Ia berikutan perkembangan pesat teknologi digital kesan dari pandemic yang melanda negara pada tahun ini. Contoh teknik digital seperti ghost writing, content writing, E-book, you tuber dan sebagainya.

Jadi jika anda mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi boleh untuk mencuba bidang ini untuk menghasilkan pasif income anda.

 

4. Consumer Based Income.

 

Ok, ini agak menarik untuk diceritakan kepada anda. Bagaimana cara untuk menghasilkan pasif income melalui kaedah consumer based income. 

Klik Sini  untuk membaca selanjutnya bagaimana mencipta pasif income melalui konsep consumer based income.