Mengenai Penulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat website saya. Jika ini adalah kali pertama anda datang ke website ini, maka boleh bookmark dahulu page ini. Mana tahu anda perlu datang lagi suatu masa nanti.

Saya  mempunyai hampir 18 tahun pengalaman pekerjaan didalam beberapa industri swasta yang berbeza. Bermula dari jurutera kualiti sehinggalah kepada jawatan pengurusan pada ketika ini. Permulaan karier, saya banyak diberi peluang oleh syarikat untuk melakukan tugasan ke beberapa negara seperti Singapura, India, Korea, Thailand, Vietnam dan lain-lain.

 Pada tahun 2017 saya telah diberi kepercayaan untuk mengurus operasi sebuah syarikat milik Malaysia di Vietnam selama 2 tahun. Dalam tempoh ini saya banyak mempelajari selok belok dan cara pengurusan sebuah bisness. Dari awal proses pembelian bahan mentah, pemprosesan, marketing sehinggalah kepada penghantaran ke serata dunia.

Pada penghujung 2018, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dan kembali semula ke Malaysia dan bekerja di utara tanah air sehingga sekarang.

Blog ini adalah medium perkongsian untuk saya mencatat dan mengamalkan apa yang telah dipelajari.